Soalan-soalan lazim mengenai berbekam
1) Adakah kaedah bekam darah menyakitkan?
- Tidak, ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini
menggunakan sejenis alat canggih yang dipanggil PEN BEKAM. Tusukan yang
dilakukan pada kulit oleh pen ini tersangat2 laju sehingga membuatkan anda
tidak sedar yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda. Kaedah tusukan ini
mirip kaedah 'blood test' atau ujian kencing manis.
2) Adakah selamat melakukan kaedah bekan darah?
- Ya selamat, ini kerana kami menggunakan jarum pakai buang,
iaitu setiap pelanggan akan diperuntukkan sebilah jarum baru. Semua alatan bekam
kami akan dicuci menggunakan klorok dan sabun dettol sebaik sahaja selesai
digunakan.
3) Apakah tarikh yang mustajab yang mempu memberikan
kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam darah?
- Tarikh yang mustajab berbekam ialah 17, 19 dan 21hb.
mengikut kalendar islam. Sebelum datang berbekam hendaklah perut dalam keadaan
kosong atau dua jam sblum berbekam tidak mengambil apa-apa makanan dan minuman.
4) Individu manakah yang dilarang keras berbekam darah?
- Individu yang dilarang berbekam darah ialah individu yang
fizikalnya terlalu lemah, orang tua uzur, pengidap kanser darah, pengidap
tekanan darah rendah serius, pengidap penyakit kulit serius, wanita hamil 3
bulan pertama dan wanita yang sedang datang bulan.
5) Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum?
- Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan
kesembuhan maksimum pada pesakit amnya.
6) Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala sunnah bila
melakukannya?
- Bekam sunnah/darah. Darah kotor akan disedut ke permukaan
kulit.
7) Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah?
- Bagi orang sihat, anda dianjurkan berbekam sebulan sekali
dan bagi orang yg berpenyakit anda dianjurkan berbekam seminggu sekali untuk
tiga kali sessi rawatan berturut2.
8) Apakah pantang larang selepas berbekam?
- Anda dianjurkan tidak boleh makan, mandi dan tidur selepas
menjalani rawatan bekam. Untuk 2 jam berikutnya barulah anda boleh makan/tidur
dan cuba elakkan memakan makanan yg menyebabkan kegatalan spt seafood, telur,
ayam dsbnya serta meminum ais untuk tempoh seminggu selepas menjalani rawatan
bekam bagi mendapatkan kesan yg lebih baik/mujarab.
9) Apakah tips sebelum datang berbekam darah?
- Sebaik2nya berpuasa sehari sebelum temu janji bekam
ataupun perut dalam keadaan kosong dua jam sebelum berbekam. Berbekam tidak
boleh di dalam keadaan perut kenyang kerana dikhuatiri makanan yang baru
diambil belum diproses sepenuhnya dan menyukarkan darah kotor untuk naik ke
permukaan kulit. Biasanya sebelum proses rawatan, anda telah diingatkan supaya
mengosongkan perut terlebih dahulu.
10) Berapa lama tempoh masa yang diambil untuk rawatan
tersebut?
- Biasanya untuk bekam sunnah di badan (11 cup) akan
mengambil masa satu jam setengah dan bergantung kepada permintaan pelanggan
serta banyaknya darah kotor yang disedut keluar. Jika darah yang disedut keluar
sedikit sahaja akan memudahkan pembekam dan mengambil masa sekejap sahaja.
11) Adakah darah akan mengalir lagi setelah proses rawatan
selesai?
- Tidak. Darah akan berhenti secara automatik setelah dua
kali sedutan dan keluarnya cecair putih dari badan pesakit menandakan proses
rawatan ini telah selesai walaupun darah kotor masih byk. Sebab itulah pesakit
digalakkan untuk datang lagi bagi sessi rawatan selanjutnya bagi membuang sisa2
darah kotor yang masih tertinggal dalam tempoh2 tertentu bergantung kepada
keadaan rawatan sebelumnya.
12) Apakah tanda2 yang dialami oleh pelanggan selepas
rawatan bekam selesai?
- Anda akan merasa sedikit kegatalan di tempat sedutan darah
kotor tadi tetapi dalam tempoh yang singkat sahaja. Jangan digaru cuma
gosok-gosok perlahan sahaja di tempat gatal itu. Bagi setengah orang akan
merasa letih, lesu, sedikit demam bergantung kpd keadaan seseorang itu. Kesan2
ini akan hilang dalam masa yang singkat dan selepas itu badan akan terasa lebih
ringan dan selesa.
13) Berapa lama tanda-tanda lebam di badan akan hilang?
- Bagi rawatan bekam sunnah/darah akan mengambil masa
seminggu atau lebih awal daripada itu bergantung kepada keadaan seseorang. Bagi
bekam angin (dry cupping) akan mengambil masa yang lebih lama daripada itu.
14) Bagaimana pula dengan rawatan resdung? Adakah muka akan
menjadi lebam kesan sedutan tersebut?
- Tidak. Dengan syarat anda membuat rawatan asas di badan
bagi membuang darah kotor terlebih dahulu. Selepas itu barulah rawatan resdung
akan dibuat. Untuk rawatan ini, jarum akan dilaraskan ke tahap sederhana kerana
kulit muka agak berbeza dengan kulit badan. Anda disarankan supaya tidak
menjarakkan rawatan pertama dan kedua terlalu jauh bagi mendapatkan kesan yg
lebih baik.
No comments:
Post a Comment