Sunday 16 February 2014

Daun Betik Haluskan Kulit




Pokok betik mempunyai banyak kegunaan, buahnya yang manis bukan saja kaya khasiah dan mampu melawaskan sistem perkumuhan badan, malah daunnya juga berguna bagi menghilangkan jerawat dan mencantikkan kulit wajah.
Bagi yang ada masalah jerawat, bolehlah mencuba petua mudah ini dengan mengambil daun betik yang masih segar kemudian bersihkan. Pastikan getah pada daun betik itu hilang. Selepas dicuci, tumbuk atau kisar daun berkenaan hingga lumat dan gunakan sebagar pupur.
Ratakan daun betik hingga ini pada wajah yang sudah dibersihkan dan biarkan selama 30 minit. Wajah akan terasa lebih bersih dan segar. Lakukan dua kali seminggu untuk mendapatkan kulit yang halus dan cantik.


Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment