Sunday 16 February 2014

5 Tip Berhijrah Ke arah Kebaikan

Ada pelbagai cara kita boleh berhijrah, di bawah ini diberikan 5 tip ringkas yang berguna untuk berhijrah. Caranya adalah :-

1. NIAT
- Hijrah seharusnya dimulakan dengan niat yang ikhlas dalam mengharapkan keredaan Allah. Perubahan diri yang disertakan niat pasti mendapat pertolongan. Ingat remaja semua, jika anda melakukan hijrah tapi menunjuk-nunjuk pasti mengundang padah malah tidak kekal lama kebaikan yang diterima itu.

2. MATLAMAT
- Matlamat yang ditetapkan itu perlulah relevan dan mampu untuk dicapai. Jangan meletakkan matlamat sukar dijankau dalam tempoh yang singkat. Mulakan dalam usaha yang mudah.

3. BUANG ANGGAPAN SALAH
- Selama ini anda mungkin mempunyai persepsi yang salah terhadap diri anda dan kehidupan. Mungkin anda pernah beranggapan, golongan baik-baik saja yang mampu memperoleh kemanisan iman sedangkan anda tidak. Buang jauh-jauh perasaan negatif itu yang boleh mencacatkan semanga anda untuk melakukan penghijrahan.

4. BANYAKKAN BACA KISAH ORANG BERJAYA
- Bagi remaja yang ingin bertudung contohnya, bacalah buku-buku di pasaran mengenai bagaimana akhirnya wanita berkenaan mendapat hidayah untuk tampil bertudung dan menutup aurat. Banyak bahan bacaan yang mendorong kita untuk berubah. Itulah kuasa hijrah.

5. PEDULIKAN KATA ORANG
- Untuk berhijrah memang memerlukan pengorbanan. Orang akan melihat sebarang perubahan diri yang dilakukan. Pasti ada yang memuji malah ada yang menguji. Apa yang penting itulah rencah dan dugaan hidup yang perlu anda lalui. Jangan berkecil hati dan kuatkan semangat.





Daun Betik Haluskan Kulit




Pokok betik mempunyai banyak kegunaan, buahnya yang manis bukan saja kaya khasiah dan mampu melawaskan sistem perkumuhan badan, malah daunnya juga berguna bagi menghilangkan jerawat dan mencantikkan kulit wajah.
Bagi yang ada masalah jerawat, bolehlah mencuba petua mudah ini dengan mengambil daun betik yang masih segar kemudian bersihkan. Pastikan getah pada daun betik itu hilang. Selepas dicuci, tumbuk atau kisar daun berkenaan hingga lumat dan gunakan sebagar pupur.
Ratakan daun betik hingga ini pada wajah yang sudah dibersihkan dan biarkan selama 30 minit. Wajah akan terasa lebih bersih dan segar. Lakukan dua kali seminggu untuk mendapatkan kulit yang halus dan cantik.


Sumber : Harian Metro

Tuesday 11 February 2014

Soalan-soalan lazim mengenai berbekam

Soalan-soalan lazim mengenai berbekam


1) Adakah kaedah bekam darah menyakitkan?
- Tidak, ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini menggunakan sejenis alat canggih yang dipanggil PEN BEKAM. Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh pen ini tersangat2 laju sehingga membuatkan anda tidak sedar yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda. Kaedah tusukan ini mirip kaedah 'blood test' atau ujian kencing manis.

2) Adakah selamat melakukan kaedah bekan darah?
- Ya selamat, ini kerana kami menggunakan jarum pakai buang, iaitu setiap pelanggan akan diperuntukkan sebilah jarum baru. Semua alatan bekam kami akan dicuci menggunakan klorok dan sabun dettol sebaik sahaja selesai digunakan.

3) Apakah tarikh yang mustajab yang mempu memberikan kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam darah?
- Tarikh yang mustajab berbekam ialah 17, 19 dan 21hb. mengikut kalendar islam. Sebelum datang berbekam hendaklah perut dalam keadaan kosong atau dua jam sblum berbekam tidak mengambil apa-apa makanan dan minuman.

4) Individu manakah yang dilarang keras berbekam darah?
- Individu yang dilarang berbekam darah ialah individu yang fizikalnya terlalu lemah, orang tua uzur, pengidap kanser darah, pengidap tekanan darah rendah serius, pengidap penyakit kulit serius, wanita hamil 3 bulan pertama dan wanita yang sedang datang bulan.

5) Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum?
- Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan maksimum pada pesakit amnya.

6) Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala sunnah bila melakukannya?
- Bekam sunnah/darah. Darah kotor akan disedut ke permukaan kulit.

7) Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah?
- Bagi orang sihat, anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yg berpenyakit anda dianjurkan berbekam seminggu sekali untuk tiga kali sessi rawatan berturut2.

8) Apakah pantang larang selepas berbekam?
- Anda dianjurkan tidak boleh makan, mandi dan tidur selepas menjalani rawatan bekam. Untuk 2 jam berikutnya barulah anda boleh makan/tidur dan cuba elakkan memakan makanan yg menyebabkan kegatalan spt seafood, telur, ayam dsbnya serta meminum ais untuk tempoh seminggu selepas menjalani rawatan bekam bagi mendapatkan kesan yg lebih baik/mujarab.

9) Apakah tips sebelum datang berbekam darah?
- Sebaik2nya berpuasa sehari sebelum temu janji bekam ataupun perut dalam keadaan kosong dua jam sebelum berbekam. Berbekam tidak boleh di dalam keadaan perut kenyang kerana dikhuatiri makanan yang baru diambil belum diproses sepenuhnya dan menyukarkan darah kotor untuk naik ke permukaan kulit. Biasanya sebelum proses rawatan, anda telah diingatkan supaya mengosongkan perut terlebih dahulu.

10) Berapa lama tempoh masa yang diambil untuk rawatan tersebut?
- Biasanya untuk bekam sunnah di badan (11 cup) akan mengambil masa satu jam setengah dan bergantung kepada permintaan pelanggan serta banyaknya darah kotor yang disedut keluar. Jika darah yang disedut keluar sedikit sahaja akan memudahkan pembekam dan mengambil masa sekejap sahaja.

11) Adakah darah akan mengalir lagi setelah proses rawatan selesai?
- Tidak. Darah akan berhenti secara automatik setelah dua kali sedutan dan keluarnya cecair putih dari badan pesakit menandakan proses rawatan ini telah selesai walaupun darah kotor masih byk. Sebab itulah pesakit digalakkan untuk datang lagi bagi sessi rawatan selanjutnya bagi membuang sisa2 darah kotor yang masih tertinggal dalam tempoh2 tertentu bergantung kepada keadaan rawatan sebelumnya.

12) Apakah tanda2 yang dialami oleh pelanggan selepas rawatan bekam selesai?
- Anda akan merasa sedikit kegatalan di tempat sedutan darah kotor tadi tetapi dalam tempoh yang singkat sahaja. Jangan digaru cuma gosok-gosok perlahan sahaja di tempat gatal itu. Bagi setengah orang akan merasa letih, lesu, sedikit demam bergantung kpd keadaan seseorang itu. Kesan2 ini akan hilang dalam masa yang singkat dan selepas itu badan akan terasa lebih ringan dan selesa.

13) Berapa lama tanda-tanda lebam di badan akan hilang?
- Bagi rawatan bekam sunnah/darah akan mengambil masa seminggu atau lebih awal daripada itu bergantung kepada keadaan seseorang. Bagi bekam angin (dry cupping) akan mengambil masa yang lebih lama daripada itu.

14) Bagaimana pula dengan rawatan resdung? Adakah muka akan menjadi lebam kesan sedutan tersebut?

- Tidak. Dengan syarat anda membuat rawatan asas di badan bagi membuang darah kotor terlebih dahulu. Selepas itu barulah rawatan resdung akan dibuat. Untuk rawatan ini, jarum akan dilaraskan ke tahap sederhana kerana kulit muka agak berbeza dengan kulit badan. Anda disarankan supaya tidak menjarakkan rawatan pertama dan kedua terlalu jauh bagi mendapatkan kesan yg lebih baik.