Sunday 16 February 2014

5 Tip Berhijrah Ke arah Kebaikan

Ada pelbagai cara kita boleh berhijrah, di bawah ini diberikan 5 tip ringkas yang berguna untuk berhijrah. Caranya adalah :-

1. NIAT
- Hijrah seharusnya dimulakan dengan niat yang ikhlas dalam mengharapkan keredaan Allah. Perubahan diri yang disertakan niat pasti mendapat pertolongan. Ingat remaja semua, jika anda melakukan hijrah tapi menunjuk-nunjuk pasti mengundang padah malah tidak kekal lama kebaikan yang diterima itu.

2. MATLAMAT
- Matlamat yang ditetapkan itu perlulah relevan dan mampu untuk dicapai. Jangan meletakkan matlamat sukar dijankau dalam tempoh yang singkat. Mulakan dalam usaha yang mudah.

3. BUANG ANGGAPAN SALAH
- Selama ini anda mungkin mempunyai persepsi yang salah terhadap diri anda dan kehidupan. Mungkin anda pernah beranggapan, golongan baik-baik saja yang mampu memperoleh kemanisan iman sedangkan anda tidak. Buang jauh-jauh perasaan negatif itu yang boleh mencacatkan semanga anda untuk melakukan penghijrahan.

4. BANYAKKAN BACA KISAH ORANG BERJAYA
- Bagi remaja yang ingin bertudung contohnya, bacalah buku-buku di pasaran mengenai bagaimana akhirnya wanita berkenaan mendapat hidayah untuk tampil bertudung dan menutup aurat. Banyak bahan bacaan yang mendorong kita untuk berubah. Itulah kuasa hijrah.

5. PEDULIKAN KATA ORANG
- Untuk berhijrah memang memerlukan pengorbanan. Orang akan melihat sebarang perubahan diri yang dilakukan. Pasti ada yang memuji malah ada yang menguji. Apa yang penting itulah rencah dan dugaan hidup yang perlu anda lalui. Jangan berkecil hati dan kuatkan semangat.





No comments:

Post a Comment