Tuesday 21 October 2014

Beriman Kepada Perkara-Perkara Yang Ghaib (2)

Assalamualaikum

- Sayyidina 'Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya ada bisikan dari syaitan dalam hati anak Adam dan ada juga bisikan daripada pars malaikat. Adapun bisikan syaitan ialah peringatan terhadap kejahatan dan mendustakan yang haq. Adapun bisikan malaikat ialah peringatan terhadap kebaikan dan membenarkan yang haq. Oleh itu, sesiapa yang mendapati dirinya ada lintasan ke arah kebaikan dan membenarkan yang haq maka hendaklah dia mengetahui bahawa itu adalah (hidayat) daripada Allah S.W.T dan hendaklah dia bersyukur dan memuji Allah S.W.T. Sementara sesiapa yang mendapati selain daripada itu (yakni bisikan syaitan) maka hendaklah dia meminta perlindungan Allah S.W.T daripada syaitan yang direjam. Kemudian Baginda S.A.W membaca, ALSYAYTHAANU YA'IDUKUMU ALFAQRA WAYA/MURUKUM BIALFAHSYAA... yang bermaksud, "Syaitan menakut-nakutkan kamu dengan kefakiran dan memerintahkan kamu melakukan perbuatan-perbuatan keji." (Al-Baqarah : 268) (Tirmizi)

- Sayyidina Abu Darda R.A berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Tanamlah keagungan Allah S.W.T dalam hati kamu pasti Dia akan mengampuni kamu." (Musnad Ahmad)

No comments:

Post a Comment