Wednesday 29 January 2014

Rambut Mahkota Istimewa


Kita mungkin mengambil mudah mengenai keadaan rambut atau tidak menjaganya dengan baik sehingga rosak, bercabang dan gugur. Kita mungkin akan lebih menghargainya selepas mengetahui beberapa fakta yang menarik mengenainya.

Antaranya setiap helai rambut mengandungi 14 unsur berbeza termasuk emas. Rambut mampu bertindak seperti span yang menyerap minyak daripada air. Kekuatan keseluruhan rambut di kepala adalah bersamaan berat dua ekor gajah manakala folikel rambut mula terbentuk ketika anda berusia lima bulan dalam kandungan.

Rambut juga menyimpan pelbagai maklumat mengenai apa saja yang berada dalam darah, misalnya jenis ubatan yang diambil, dadah, minneral atau vitamin. Satu satunya maklumat yang tidah boleh diberi oleh rambut adalh jantina seseorang itu.

Rambut yang sihat boleh memanjang sehingga 30 peratus dalam keadaan basah dan sekiranya ia tidak kembali kepada bentuk asal selepas itu, anda mengalami masalah kekurangan protein. Secara amnya, rambut manusia gugur antara 50 hingga 150 helai sehari dan paling menarik adalah hitam merupakan warna rambut paling banyak di dunia dan yang paling sukar ditemui adalah rambut berwarna merah iaitu hanya sekitar satu peratus daripada populasi dunia.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment